IQNA

Apa kata Al-Quran / 3

Bagaimana untuk kukuh bersabar?

8:36 - May 24, 2022
Berita ID: 3101104
TEHRAN (IQNA) - Terdapat gangguan dan penderitaan yang menyelubungi seseorang kerana keadaan yang tidak menguntungkan dan pelbagai peristiwa. Tetapi bagaimanakah penderitaan tersebut dapat diatasi dengan memperbaiki pandangan terhadap diri mereka sendiri dan dunia?

Laporan IQNA; Ayat : 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan" (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". (Qs, Al-Baqarah 2:155)

Dan Ayat:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Qs, Al-Baqarah 2: 155 &156).

Ayat Al-Quran ini (2: 156) dikenali sebagai ayat Istirja' - استرجاع - yang bermaksud 'Kembali merujuk' dan memberi pengajaran agar kita jangan sekali-kali bersedih dengan berkurangnya nikmat duniawi, kerana semua kurniaan ini adalah milik Allah, bahkan wujud diri kita bergantung penuh pada Allah SWT. Suatu hari Allah memberi dan pada hari lain mengambilnya kembali daripada kita, dan kedua-duanya adalah untuk kepentingan kebaikan kita juga.

Hakikat bahawa kita semua kembali kepada Tuhan selepas kematian, mengingatkan kita bahawa dunia tidak kekal dan penurunan keberkatan dan kekurangan pemberian atau kelimpahan dan banyaknya anugerah daripadanya adalah sekejap sahaja, dan semua ini adalah cara dan proses bagi kita untuk melalui peringkat evolusi kesempurnaan. Memberi perhatian kepada dua prinsip asas ini (dunia tidak kekal dan dunia sebagai wasilah proses kesempurnaan manusia) mempunyai kesan yang mendalam dalam mewujudkan semangat ketabahan dan kesabaran (istiqomah-kukuh bersabar).

Allamah Tabatabai menulis dalam Tafsir Al-Mizan: Apabila seseorang meyakini kebenaran Allah dan pemiliknya serta pengendali atas segala sesuatu, seseorang demikian dia tidak pernah gusar atau kesal tentang kesusahan, kerana dia tidak menganggap dirinya pemilik sesuatu yang dia patut senang atau susah terhadap untung atau rugi.

Muhsin Qiraati menulis dalam Tafsir Noor: Orang-orang yang sabar, daripada membinasakan diri sendiri dan berlindung kepada orang lain, dia berlindung kepada Allah sahaja. Kerana pada pandangan mereka, seluruh dunia adalah bilik darjah (sekolah) dan tempat ujian di mana kita mesti berkembang maju iman dan amal soleh di sini. Dunia bukan tempat tinggal yang tetap, dan kesusahannya bukanlah tanda ketiadaan rahmat kasih-sayang Tuhan.

Berita Berkaitan
captcha