IQNA

Adakah diantara nama Tuhan yang lebih besar daripada nama dan sifat lainNya?

18:19 - April 19, 2023
Berita ID: 3102481
TEHRAN (IQNA) - Guru kursus bahsul-kharij (Prof), Qom sempena menerangkan bahagian Doa sahar; «اللَّهُمَّ انّی اسْئَلكَ مِنْ اسْمآئكَ بِاکبَرِها» "Ya Allah, ya Tuhan-ku, sungguh aku memohon kepada-Mu dari melalui nama-nama-Mu dengan yang paling besarnya" beliau meneliti isu bagaimana beberapa nama Ilahi itu ada yang disebut hebat (کبیر) - Kabir dan ada yang maha besar (اکبر) - Akbar.

Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Muhammad Soroush Mahalati (حجةالاسلام والمسلمین محمد سروش محلاتی), dalam huraian tentang doa sahar, menyatakan beberapa perkara tentang nama-nama Tuhan, yang dipetik sebagai berikut:

Dalam sebahagian daripada doa sahar, kita membaca:

اللَّهُمَّ انّی اسْئَلُك مِنْ اسْمآئِك بِاکبَرِها وَ کلُّ اسْمآئِك کبیرَةً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu melalui nama-nama-Mu dengan kebesaranNya dan semua nama-nama-Mu besar - agung".

Paksi pembahasan perenggan ini adalah "nama-nama Ilahi" (اسماء الهی) Asamaullah - yang kita perlu memikirkan tiga perkara;
1. Isu pertama ialah apa maksud nama (اسماء) dalam ajaran Al-Quran dan teks doa dari maksumin (as).

2. Perkara kedua ialah bagaimana sesetengah nama lebih besar daripada yang lain.

3. Isu ketiga ialah apakah erti memohon kepada Tuhan dengan membawa nama-nama Tuhan.

Perkataan اسم "nama" bermaksud "tanda" «علامة» - alamat, tetapi apabila kita bercakap tentang nama-nama ilahi (Asamaullah) sebagai pengenalan bagi zat Tuhan; yang dimaksudkan adalah sifat khusus dan istimewah bagi sifat-sifat wujud zat ketuhanan. Sebagai contoh, kita menganggap zat ilahi dengan sifat hidupNya, dan kemudian kita diperkenalkan oleh wahyu Tuhan bahawa Tuhan mempunyai nama: Al-Hayu («الحی ») - "Yang maha Hidup". Juga, apabila kita menganggap zat Tuhan dengan sifat kuasa, kita mempunyai nama Tuhan "Al-Qadir" - «القادر», demikianlah sifat zati Tuhan yang ditandai oleh nama-namaNya yang kita panggil Allah dengan nama-namaNya yang baik - Asmaulhusna - Allah memiliki nama-nama yang baik, dan hamba diperintahkanNya untuk berdoa kepadaNya dengan asmaullahil husna itu.

Nama paling besar dan nama Agung
Kita berhadapan dengan nama yang berbeza tentang Tuhan, juga beberapa nama ilahi ada yang Kabir (agung) dan sebahagian daripadanya ada Akbar (paling besar). Contohnya, salah satu nama Tuhan ialah "Samik" - سمیع (Mendengar) dan nama lain Allah ialah "Basir" - بصیر (Melihat). Tetapi pada masa yang sama, ada nama yang lebih menyeluruh daripada mendengar dan melihat, iaitu "Alim" - علیم (mengetahui).

Isu ini menimbulkan persoalan; Adakah nama Allah yang wujudnya di atas pengetahuan?

Ya, ada, iaitu "Rahmat", kerahmatan itu lebih tinggi daripada ilmu - alim. Rahmat menunjukkan dirinya dalam bentuk yang berbeza; Kadang-kadang rezeki, kadang-kadang Kedermawanan, kadang-kadang penerimaan taubah dll.

Tiada perbezaan antara nama-nama Allah
Jika ada nama yang mempunyai kehebatan dan yang lain mempunyai kelebih besaran, mengapa dalam perenggan doa sahar itu dikatakan bahawa semua nama-nama Allah adalah hebat - agung?

Jika kita memberi perhatian kepada perkara ini, kita akan mencapai jawapan jelas bahawa semua nama ilahi adalah hebat, walaupun ada kepelbagaian nama Allah, kerana berdasarkan perbezaan penampilan sifat-sifat dan keaktifanNya, tetapi ini tidak bermakna terdapat pemisahan kesempurnaan antara nama-nama Allah - semua nama Allah setaraf dalam kebesaran, keagungan, kesempurnaan dan kebaikannya yang ada dalam keesaan zatNya.

Untuk mengambil kesimpulan pembahasan ini, hendaknya berdasarkan pemikiran bahawa nama-nama ilahi tidak seperti makhluk material, yang saling terpisah zat dan sifatnya, Zat Allah adalah basit yang memiliki segala kesempurnaan.

captcha