IQNA

Aidilfitri; Permulaan tahun baru rohani

16:33 - April 19, 2023
Berita ID: 3102480
TEHRAN (IQNA) - Aidilfitri adalah kembali kepada fitrah, dan sebenarnya tahun baru rohani bermula dengan hari ini, dan kita harus menjaga dan berhati-hati dengan pencapaian Ramadhan ini sehingga tahun hadapan.

Kita mempunyai tiga hari raya dalam Islam, yang dinamakan Eid
(عید) - "Hari raya" oleh Nabi (SAW) sendiri;
1. Hari raya Qurban (عید القربان)
2. Hari raya Fitri (عید الفطری)
3. Hari raya Ghadir (عید الغدیر)

Eidul Ghadir - (عید الغدیر) lebih ditekankan dalam tradisi AhlulBayt (as) dan dipanggil "Eidullahil Akbar" - Hari Raya Allah Yang Terbesar (عید الله اکبر), dan semua ini juga adalah Hari Raya dalam erti kata yang sama.

Pengertian Hari Raya Aidulfitri (عید الفطری)
Hari yang menjadi hari raya bermakna perayaan dan kebahagiaan. Bagaimanapun, apabila seseorang itu naik dan suci fitrahnya, ini adalah perkara yang diberkati.

Akar kata Eid - عید bermaksud kembali, dan apabila hari raya berlaku, telah berlaku kembali kepada fitrah asal iaitu khusus kepada manusia. Pada masa ini, manusia memahami bahawa kesucian dan mencapai fitrah, dianggap sebagai hari raya, ini adalah ganjarannya, iaitu kembali kepada kebenaran dirinya dan fitrah - penciptaannya yang bertauhid dan sentiasa mensucikan Tuhan dari kemusyrikan dan kekufuran diri.

Aidulfitri semestinya adalah permulaan tahun baru rohani
Jangan kita rasa kita telah melewati bulan Ramadhan dan mengucapkan selamat tinggal padanya sehingga tahun depan. Semestinya kita baru masuk bulan Ramadhan dan kita sudah bekalkan persediaan untuk tahun hadapan.

Malah, menurut ahli tasawuf, tahun baru itu bermula dari Malam al-Qadr, dan sebenarnya, kita berada di hari-hari pertama tahun rohani, dan atas sebab ini, kita boleh mengatakan bahawa hari selepas Aidulfitri, nyatanya baru bermula tahun baru rohani kita, dan untuk tahun ini, kita mahukan kelahiran dan kekayaan yang kita miliki dari bulan Ramadhan yang telah kita usahakan kita perlu pembekalan ini untuk mengembara selama setahun menuju bulan Ramadhan tahun hadapan, jadi kita perlu berhati-hati dengan pencapaian Ramadhan pada tahun ini, untuk pembekalan Ramahan tahun hadapan.

Jika kita bertanya bagaimana kita harus tahu bahawa sesuatu telah diberikan kepada kita pada bulan ini, kita harus memberi perhatian kepada keadaan kita sendiri.

Mereka yang tidak melakukan dosa dan ahli solat hendaklah juga melihat sama ada solat yang mereka lakukan pada akhir Ramadhan sama dengan solat yang mereka lakukan pada awal Ramadhan atau tidak, solat mereka dipanjatkan dengan lebih bermartabat dengan kehadiran hati atau tidak, hendaklah dilihat; jika telah berlaku perubahan pada diri kita dan seseorang mendapat penerimaan agama yang lebih baik, maka jelaslah dia telah menggunakan bulan Ramadhan, dan jika dia tidak berubah, dan mengikut kata-kata Amirul Mukminin (as); sebahagian orang berpuasa tetapi hanya mengalami kurang tidur dan lapar, maka dia harus tahu bahawa dia hanya menunaikan kewajipannya.

Orang-orang yang telah menggunakan peluang bulan ini; mereka membaca Al-Quran, hati mereka menjadi lembut, apabila mereka menyebut nama Allah, mereka menjadi tenang dan mereka berasa baik, di bulan Ramadhan mereka mencapai sesuatu untuk diri dan kerohanian mereka, dan jika seseorang seperti itu, hendaklah dia menghayatinya dan mengelakkan dosa yang menjadi sebab apa yang telah dicapai itu dilelong murah oleh dosa-dosa.

Kita harus menghargai modal rohani ini, dan ini boleh dipelihara melalui lebih akrab dengan Al-Quran dan pergi ke tempat-tempat yang boleh memelihara isu-isu ini, berkomunikasi dengan orang-orang soleh, berhubung dengan para wali Allah, bertawasul dengan mereka, jika perkara ini tidak dijaga, maka segala capaian kerohanian yang taqwa selama satu bulan Ramdhan telah disia-siakan dan pada hari pertama bulan selepas sahaja Ramadhan, semuanya jadi sia-sia dan rosak.

*Petikan daripada temu bual Mahdi Rostamnejad (مهدی رستم‌نژاد), ahli fakulti Universiti Al-Mustafa (جامعه المصطفی), dalam wawancara dengan Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA).

captcha